Pengenalan





Terdapat pelbagai definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz asset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sesebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS. Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura telah mendifenisikan IKS sebagai sebiah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi S$8 juta (bagi sektor pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan).
Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana. IKS dalam sektor perkilangan didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

Jadual 1: Bilangan pekerja dan nilai jualan IKS
Industri
Bil. Pekerja Tetap
Nilai jualan Tahunan
IKS
150
RM25 juta
Sederhana
51-150
RM10-RM25 juta
Kecil
50
RM10 juta
Sumber: SMDEC









Manakala menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam laporannya pada tahun 1994 telah mendefinisikan IKS dari sudut jumlah modal seperti berikut:-
Jadual 2: Jumlah modal IKS

Industri
Jumlah Modal (RM)
Kecil
Kurang daripada RM500,000
Sederhana
RM500,000 hingga RM2.5 juta
Sumber: MITI
Peranan dan sumbangan IKS penting kepada negara. Di antara peranan IKS adalah:-

·                     Menjadi teras proses perindustrian negara.
·                     Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor perindustri.
·                     Meningkat daya saing negara.
Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dan mencapai Wawasan 2020.

Powered by Blogger.